Kelas Asas ICT: Microsoft Office Word (Surat Rasmi) dan Tayangan Video KDB Sesi Disember 2019 (Sesi II)

18 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Asas kepada Microsoft Office Word (membuat surat rasmi) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2:00 hingga 5.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang berumur antara 17 hingga 19 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali